Ahad, 6 Februari 2022

PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

| Ahad, 6 Februari 2022
 Program  Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) 2020 - 2021


Penubuhan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  bermula  hasil  daripada Mesyuarat  Jemaah Menteri  pada  10  Mac  1999  sebagai  persediaan  pelajar  bumiputera  lulusan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di  universiti awam (UA) dalam  bidang  sains,  teknologi  dan profesional. Mulai  sesi 2003/2004,  10  peratus  daripada  keseluruhan  pelajar  Program  Matrikulasi  KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera. 

Keistimewaan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah:
a)  Program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh universiti terkemuka luar negara (Senarai universiti luar negara terdapat pada soalan no. 24).
b)  Program  ini  menawarkan  pendidikan  yang  menyeluruh  merangkumi  bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah.  Pelajar Program Matrikulasi KPM berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan.
c)  Lulusan  Program Matrikulasi  KPM  akan  menerima  Sijil  Matrikulasi  yang melayakkan  mereka memohon berkhidmat  dalam  Perkhidmatan  Awam  pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017).
d)  Kos  pengajian  dan  penginapan  ditanggung  oleh  Kerajaan. Semua  pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran pendaftaran.  
e)  Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia.

Cara memohon Program Matrikulasi KPM. Pemohon  boleh  membeli  No.  Pengenalan  Individu  (NPI)  lima  digit  di  mana-mana kaunter  Bank  Simpanan  Nasional  (BSN)  dengan  bayaran  RM10.00  (Ringgit Malaysia  Sepuluh  sahaja)  dengan  menggunakan  No.  Kad  Pengenalan  atau dokumen  pengenalan  yang  digunakan  untuk  mendaftar  masuk  peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.  Tempoh Permohonan Melalui Internet (PMI) dibuka mulai 1  Julai sehingga 30  November pada tahun  pemohon menduduki SPM.

Program Matrikulasi KPM menawarkan dua program iaitu:
1.  Program  Matrikulasi Sistem  Dua  Semester yang  dilaksanakan  dalam  tempoh setahun yang menawarkan jurusan seperti yang berikut: 
a) Jurusan Sains;
b) Jurusan Kejuruteraan;
c) Jurusan Perakaunan; dan 
d) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) (Bumiputera sahaja) 

2.  Program Matrikulasi Sistem Empat Semester yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun (Bumiputera sahaja) yang menawarkan Jurusan Sains sahaja.

Bidang yang  boleh  diceburi di  peringkat  ijazah  pertama  di  UA bagi  setiap jurusan yang ditawarkan.
1.  Jurusan Sains – Perubatan, Kejuruteraan, Pergigian, Farmasi, Sains, Teknologi Maklumat,  Seni  Bina,  Kejururawatan,  Sains  Forensik,  Sains  Kesihatan Bersekutu dan lain-lain.
2.  Jurusan Kejuruteraan – Kejuruteraan,  Seni Bina,  Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan bidang teknikal lain.
3.  Jurusan Perakaunan    Perakaunan,  Pengurusan,  Perniagaan,  Ekonomi, Pentadbiran  Perniagaan/  Awam,  Teknologi  Maklumat,  Pengurusan,  Sumber Manusia, Undang-Undang dan lain-lain.
4.  Jurusan  Perakaunan Profesional – Sijil  Profesional Association  of Chartered  Certified ccountants (ACCA).

Related Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan